Cara Memulakan Bisnes Online dalam 3 Langkah..

Tentukan Cara Buat Duit Yang Anda Suka

Untuk mula buat perniagaan online ni sebenarnya, kita kena fikir produk apa yang kita nak jual dahulu, dan juga cara perniagaan online yang kita suka.

Maksud saya, untuk buat bisnes online ni:

  1. ada yang active keluarkan ebook atau panduan digital dan jual.
  2. mungkin ada yang active join affiate program, macam join klikjer
  3. ada yang active offer service macam jadi freelancer
  4. ada juga yang lebih suka buat dropship
  5. boleh jadi juga macam sekadar ada blog, dan buatkan blog anda popular so can earn money
  6. ataupun anda ada join apa apa fizikal product seperti product kecantikan, dan berhasrat untuk jual secara online.
  7. atau nak campur sekali jenis niaga yang cari customer online, tapi masa closing kena buat offline. boleh juga

Boleh jadi macam macam lagi, tapi yang saya perasan inilah antara yang utama.

Sebelum itu, apa itu online business – segala tindakan yang dilakukan melalui internet, boleh jadi jual beli, nego apa segala, sampailah kepada anda dibayar, itulah yang dikatakan perniagaan online.

Jadi itu dia, bagi saya, kita kena tahu dulu, kita nak terlibat dalam cara buat duit online yang macam mana.

  • Adakah kita berminat nak buat blog and blogging, mungkin kita nak buat travel blog contohnya. Atau pun mungkin kita suka cerita pasal kesihatan, so kita nak buat blog yang berkaitan dengan kesihatan, atau berkaitan dengan baby.
  • Ataupun mungkin, kita macam suka buat dropship, dropship ni macam kita cari pembeli, dan bila sudah ada pembeli, pembeli bayar anda, anda bolehlah mintakan manufacturer hantar barang ke pelanggan tadi. Di shopee banyak buat macam ni. Siap buat live lagi, 10 tahun dulu tak macam ni tau. cara promote dah berubah.
  • untuk yang freelancer, kalau rasa macam minat, tapi tak tahu nak buat service apa boleh tengok di Fiverr. Nanti anda akan jumpa ribuan service yang telah pun dibuat orang.
  • lagi apa lagi, mungkin anda ada join product macam shaklee atau product muka, dan nak jual produk cuci muka contohnya pun boleh anda kata memang berminat dalam cara buat duit macam ni.
  • kalau macam saya, saya buat 1, 2, 5 dan no 7 di atas. No 6 pun saya ada buat juga sekejap.

Selepas anda decide apa cara nak buat duit, seterusnya kena tahu juga berapalah keuntungan yang boleh didapat.

Target Keuntungan

Maksud saya macam ni, contoh kalau anda jual ebook, atau panduan digital, berapa pula untung yang anda boleh dapat?

Katakan RM 10 untuk satu product, kalau nak capai target RM 1000? berapa pula kena jual, dan berapa pula modal yang kena keluar. Bila dah ada modal, berapa pula untung bersih.

So macam tu, walaupun di peringkat sekarang anda tak nampak lagi. Tapi 3 perkara ni sangat pentinglah, walau dalam apa apa bidang bisnes sekalipun:

  1. berapa untung untuk satu product
  2. berapa modal yang kena keluar untuk capai target
  3. berapa untung bersih
  4. ok saya tambah lagi satu, kos penyelenggaraan.

Nak mudahkan cerita, saya cadangkan, jangan cari product yang keuntunganya rendah sangat, atau 40 ke bawah. RM 40 atau RM 50 ke atas untuk satu product itu yang paling cantik. Lagi tinggi lagilah bagus. Tapi terpulang, ada sahaja yang berjaya dengan jual pencuci muka untuk 5 ringgit, sebab beratus botol jual sebulan.

Jadi kesimpulannya, tengok pada kita juga.

Cuma kalau anda dapat untung lebih sikit, nanti anda akan lebih mudah untuk di step yang terakhir, iaitu marketing.

Marketing Strategy

Jadi, kita dah tahu nak jenis berniaga online yang macam mana. Kita juga dah tahu anggaran berapa pula keuntungan dan kos semua, tiba masa untuk kita tahu cara buat marketing pula.

Marketing pun ada banyak, macam macam cara nak buat boleh. Anda kena decide cara yang macam mana yang anda suka buat juga. Kalau memang terus jadi alhamdullillah, kalau tidak, anda mungkin terpaksa dengan cara marketing yang anda tak suka, tapi masih lagi berkesan.

  1. contohnya, buat live, boleh jadi buat live di facebook, IG, rekod vid di TikTok atau pun di Shopee
  2. selebihnya, mesti ada website, so kena belajar cara buat website, ni saya ada ajarkan, panduanbuatblog.com
  3. ada juga cara promosi yang lain seperti Google Ads
  4. Youtube Ads pun boleh
  5. Facebook Ads paling popular
  6. TikTok Ads ada tapi saya tak pernah cuba
  7. sponspor post pun saya pernah buat
  8. banner ads pun saya pernah buat dulu
  9. facebook group, facebook pages

Boleh jadi macam macam, ada yang percuma, ada yang berbayar. Ada yang modal rendah, ada yang modal tinggi. Kalau memang boleh dapat ROI elok bolehlah teruskan. Kalau tidak, kita boleh guna strategy lain.

Leave a Comment!